Tuesday 28 April 2015





                       CS SAMARAHAN


Assalamualaikum..

Sejak beberapa bulan ni memang terjebak sangat dengan tudung bawal aidijuma ni. mulanya dari seorang saudara perempuan saya yang tinggal di KL yang sangat2 ekstrim dgn bawal AJ ni sehingga semua koleksi dia nak kumpul. Untuk pengetahuan semua, di Sarawak satu-satunya concept store yang ada hanyalah di Summer Mall, Kota Samarahan. Dari pengamatan saya,  bila ada saja design baru keluar, tak adalah ekstrim macam concept store tempat lain. Sampaikan ada yang bertarik tudung, baris panjang seawal pagi dan selalu kecewa tak dapat beli. Di sini, biasanya keadaan tu santai-santai saja. walaupun design yang ada kadang2 xbanyak, saya jalan berlenggang sahaja melihat2 kalau x membeli. (tu la beli online dr reseller atau seller). Saya pula apabila cuti sekolah sahaja berkesempatan ke sana kerana mengikuti kursus di bandar Kuching.

kali pertama ke sana, saya membeli beberapa helai sahaja. masa tu belum minat lagi. tapi sekarang, setelah beberapa hari join group dan sebagainya melalui media sosial, saya mula memahami beberapa perkataan seperti "swap, prelove, reject tag, os dan sebagainya".

pengalaman pertama kali membeli online memang "menerujakan" memandangkan x pernah melihat secara face 2 face. di hati pun tertanya2 macammana material kain, warna dan sebagainya. (mood tgh menunggu brg yg diorder sampai). apapun saya teruja sehingga berhari2 rutin harian saya (tidur malam & rutin siang) ada sedikit perubahan bila mana saya sangat2 berkawan ketat dgn hp (xlepas2 siang mlm sbb nak tgok kwn2 post gambar bawal AJ).

cuti sekolah akan saya nantikan..sbb saya boleh "melawat" ke concept store di samarahan sarawak dan kota kinabalu sabah untuk cuci2 mata. tapi kebelakangan ni, bila berjalan2, saya selalu terserempak ramai pula yang menggayakan bawal Aj di sini. mungkin ada beberapa seller di kawasan ini. pada saya, siapa pun/berapa org pun yang menjual jenama yg sama (Aidijuma) x menjadi hal. sesiapa saja boleh berniaga. rezeki masing-masing. tiada istilah mencantas bisnes atau menutup periuk nasi seseorang dan sebagainya. sejak mengikuti perkembangan Aidijuma, saya dah boleh agak juga, keadaan concept store disini pun akan jadi agak tidak terkawal seperti concept store lain tidak lama lagi.. hehe..

CS 1 BORNEO, KK


https://www.youtube.com/watch?v=Nm54V9-p_ME

No comments:

Post a Comment